Friday, 14 November 2014

Post "Banjir Lumpur"

Pada 5/11/2014 telah berlaku hujan lebat di Cameron Highlands. Mengikut laporan Pegawai Jabatan Meteorologi Cameron Highlands, hujan yang turun pada hari tersebut adalah paling tinggi dalam sejarah dan mengakibatkan air sungai di sepanjang Kg.Baru Ringlet naik dengan mendadak. Akibat hujan lebat, banyak kejadian tanah runtuh yang menimpa rumah-rumah penduduk dan ada yang mengalami kerosakan teruk. Kejadian hanya tertumpu di Kg. Baru Ringlet sahaja. Tanah Rata  dan Brinchang yang jaraknya berbelas K.M dari Ringlet langsung tidak terjejas. Malah pelancong tetap mengunjungi Cameron Highlands. Mereka berpendapat inilah masa yang sesuai untuk mengunjungi Cameron Highlands kerana tidak ada lagi kesesakan yang menghalang perjalanan ke tempat-tempat yang menarik di sini. Malah jalan Ringlet ke Sungai Koyan yang merintasi bandar Ringlet langsung tidak terjejas. Pada 12.11.2015 pusat pemindahan telahpun ditutup dan Cameron Highlands kembali normal. Sekarang masa untuk mengambil tindakan terhadap PATI dan tokeh-tokeh yang tamak meneroka tanah kerajaan.


Monday, 18 August 2014

Kesunyian Cameron Highlands

Semenjak selepas Hari Raya Aidil Fitri 2014, keadaan tempat-tempat tumpuan orang ramai seperti di bandar Brinchang dan Tanah Rata agak sepi. Tidak ramai kelihatan pelancong yang mengunjungi Cameron Highlands. Taukeh-taukeh kebun sayur dan pasar malam mulai mengadu mengenai kekurangan pelanggan. Bagi bakal pengunjung-pengunjung Cameron Highlands, inilah masa yang sesuai untuk membuat lawatan ke sini. Kemungkinan harga-harga tempat penginapan akan dikurangkan bagi menarik perhatian pelancong.Tiada kesesakan di bandar Brinchang dan Kea Farm yang menyakitkan hati para pelancong. Jadi Admin menasihatkan para pelawat yang inginkan perjalanan dan lawatan yang tenang, inilah masa yang paling sesuai.