Monday, 2 December 2013
Cuaca
Bagi pengunjung yang berhasrat melakukan percutian bersama keluarga di Cameron Highlands dan menikmati cuaca yang begitu sejuk, inilah masanya. Bacaan suhu yang dicatatkan di Tanah Rata pada jam 4.00 petang tadi ialah 18 darjah celcius. Ramai penduduk Cameron Highlands mengeluh dan agak malas untuk keluar rumah kerana keadaan cuaca yang sejuk dari biasa. Sepanjang cuti sekolah ini, Pasar Malam Brinchang dibuka setiap hari sehingga sekolah dibuka.
Sunday, 27 October 2013
Makluman Terkini Tentang Banjir Kilat di Cameron Highlands
Salam kepada pengunjung atau bakal pengunjung ke Cameron Highlands. Apa yang berlaku baru-baru ini tentang kejadian banjir lumpur yang melanda Cameron Highlands hanyalah tertumpu di kawasan Lembah Bertam dan hanya melibatkan penduduk atau rumah-rumah di sekitar Sungai Lembah Bertam sahaja. Manakala tempat-tempat tumpuan pelancongan, penginapan, hotel atau apartment seperti di Ringlet, Tanah Rata, Kea Farm, ladang-ladang teh LANGSUNG TIDAK TERLIBAT. Jadi pengungjung dinasihatkan tidak terlalu bimbang dengan keselamatan masing-masing. Jalan yang melalui Lembah Bertam ke Koyan langsung tidak terjejas kerana lumpur yang berada di atas jalan telah dibersihkan oleh pihak berkuasa dengan kadar yang segera. Gambar-gambar yang disiarkan media yang menunjukkan jambatan runtuh adalah merupakan jambatan yang dibina oleh pekebun merentasi Sg. Bertam untuk ke kebun masing-masing dan tidak ada kena mengena dengan jalan utama Ringlet ke Felda Sg. Koyan.
Subscribe to:
Posts (Atom)