Bagi pengunjung yang berhasrat melakukan percutian bersama keluarga di Cameron Highlands dan menikmati cuaca yang begitu sejuk, inilah masanya. Bacaan suhu yang dicatatkan di Tanah Rata pada jam 4.00 petang tadi ialah 18 darjah celcius. Ramai penduduk Cameron Highlands mengeluh dan agak malas untuk keluar rumah kerana keadaan cuaca yang sejuk dari biasa. Sepanjang cuti sekolah ini, Pasar Malam Brinchang dibuka setiap hari sehingga sekolah dibuka.