Pada 5/11/2014 telah berlaku hujan lebat di Cameron Highlands.
Mengikut laporan Pegawai Jabatan Meteorologi Cameron Highlands, hujan yang
turun pada hari tersebut adalah paling tinggi dalam sejarah dan mengakibatkan
air sungai di sepanjang Kg.Baru Ringlet naik dengan mendadak. Akibat hujan
lebat, banyak kejadian tanah runtuh yang menimpa rumah-rumah penduduk dan ada
yang mengalami kerosakan teruk. Kejadian hanya tertumpu di Kg. Baru Ringlet
sahaja. Tanah Rata dan Brinchang yang jaraknya berbelas K.M dari Ringlet
langsung tidak terjejas. Malah pelancong tetap mengunjungi Cameron Highlands.
Mereka berpendapat inilah masa yang sesuai untuk mengunjungi Cameron Highlands
kerana tidak ada lagi kesesakan yang menghalang perjalanan ke tempat-tempat
yang menarik di sini. Malah jalan Ringlet ke Sungai Koyan yang merintasi bandar
Ringlet langsung tidak terjejas. Pada 12.11.2015 pusat pemindahan telahpun
ditutup dan Cameron Highlands kembali normal. Sekarang masa untuk mengambil
tindakan terhadap PATI dan tokeh-tokeh yang tamak meneroka tanah kerajaan.
Percutian di Cameron Highlands
Friday, 14 November 2014
Monday, 18 August 2014
Kesunyian Cameron Highlands
Semenjak selepas Hari Raya Aidil Fitri 2014, keadaan tempat-tempat tumpuan orang ramai seperti di bandar Brinchang dan Tanah Rata agak sepi. Tidak ramai kelihatan pelancong yang mengunjungi Cameron Highlands. Taukeh-taukeh kebun sayur dan pasar malam mulai mengadu mengenai kekurangan pelanggan. Bagi bakal pengunjung-pengunjung Cameron Highlands, inilah masa yang sesuai untuk membuat lawatan ke sini. Kemungkinan harga-harga tempat penginapan akan dikurangkan bagi menarik perhatian pelancong.Tiada kesesakan di bandar Brinchang dan Kea Farm yang menyakitkan hati para pelancong. Jadi Admin menasihatkan para pelawat yang inginkan perjalanan dan lawatan yang tenang, inilah masa yang paling sesuai.
Monday, 2 December 2013
Cuaca
Bagi pengunjung yang berhasrat melakukan percutian bersama keluarga di Cameron Highlands dan menikmati cuaca yang begitu sejuk, inilah masanya. Bacaan suhu yang dicatatkan di Tanah Rata pada jam 4.00 petang tadi ialah 18 darjah celcius. Ramai penduduk Cameron Highlands mengeluh dan agak malas untuk keluar rumah kerana keadaan cuaca yang sejuk dari biasa. Sepanjang cuti sekolah ini, Pasar Malam Brinchang dibuka setiap hari sehingga sekolah dibuka.
Sunday, 27 October 2013
Makluman Terkini Tentang Banjir Kilat di Cameron Highlands
Salam kepada pengunjung atau bakal pengunjung ke Cameron Highlands. Apa yang berlaku baru-baru ini tentang kejadian banjir lumpur yang melanda Cameron Highlands hanyalah tertumpu di kawasan Lembah Bertam dan hanya melibatkan penduduk atau rumah-rumah di sekitar Sungai Lembah Bertam sahaja. Manakala tempat-tempat tumpuan pelancongan, penginapan, hotel atau apartment seperti di Ringlet, Tanah Rata, Kea Farm, ladang-ladang teh LANGSUNG TIDAK TERLIBAT. Jadi pengungjung dinasihatkan tidak terlalu bimbang dengan keselamatan masing-masing. Jalan yang melalui Lembah Bertam ke Koyan langsung tidak terjejas kerana lumpur yang berada di atas jalan telah dibersihkan oleh pihak berkuasa dengan kadar yang segera. Gambar-gambar yang disiarkan media yang menunjukkan jambatan runtuh adalah merupakan jambatan yang dibina oleh pekebun merentasi Sg. Bertam untuk ke kebun masing-masing dan tidak ada kena mengena dengan jalan utama Ringlet ke Felda Sg. Koyan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
